Eric Kripke nampaknya mengumpulkan semula pelakon-pelakon siri TV Supernatural yang beliau hasilkan sebelum ini dalam siri TV adiwira ganas/ngeri yang popular sekarang The Boys.

Dalam The Boys musim ketiga, Jensen Ackles berlakon sebagai Soldier Boy. Beliau sebelum ini berlakon sebagai watak utama dalam Supernatural sebagai Dean Winchester. The Hollywood Reporter baru-baru ini melaporkan yang Jeffrey Dean Morgan turut akan berlakon dalam The Boys sebagai watak misteri.

Bagi yang tidak tahu, Jeffrey Dean Morgan adalah bapa kepada Dean Winchester iaitu John Winchester. The Boys musim keempat baru sahaja memulakan penggambaran jadi tidak banyak butiran yang telah dikongsi.

Bercakap mengenai anak-beranak Winchester, The CE baru-baru ini telah berkongsi treler siri TV prekuel Supernatural iaitu The Winchester yang menceritakan kisah cinta John dan Mary.

Sohor Kini