TGV Mula Menjual Tiket Untuk Dragon Ball Super: Super Hero

Dragon Ball Super: Super Hero bakal ditayangkan secara rasmi apda 30 Ogos ini di Malaysia, dan bagi anda yang tidak ingin terlepas, TGV telah menjadi yang pertama untuk membuka jualan tiket bagi filem tersebut akan tetapi dengan slot dan tempat yang terhad.

Anda boleh layari pautan ini untuk senarai masa dan tarikh yang ada. Tambahan slot dan juga tempat mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

Dragon Ball Super: Super Hero mengisahkan mengenai Red Ribbon Army kembali dengan android baharu iaitu Gamma 1 dan Gamma 2. Di dalam filem ini, Gohan juga kembali bertarung selepas Pan telah diculik.

Dragon Ball Super: Super Hero diarahkan oleh Tetsuro Kodama dan penceritaan akan ditulis oleh Akira Toriyama sendiri, menjadikan filem keempat yang melibatkan beliau.

Filem ini juga baru sahaja menerima treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Sohor Kini