Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan yang harga konsol PlayStation 5 dinaikkan di beberapa negara di pelbagai benua. Mereka mengatakan yang ia adalah kesan daripada tukaran mata wang, dan juga kadar inflasi.
Berikut adalah negara-negara yang terkesan;
Berdasarkan negara-negara tersebut, ia memperlihatkan peningkatan harga lebih kurang RM150.
Buat masa ini harga di pasaran Malaysia tidak dinyatakan namun mereka ada menyatakan yang beberapa negara di benua Asia Pasifik yang tidak disenaraikan mungkin turut terkesan dengan kenaikan harga ini.