Skip to main content

Telltale Games ketika acara pembukaan Gamescom 2022 telah kongsi treler pertama untuk The Expanse iaitu permainan akan datang mereka. Video ini juga memperlihatkan bentuk permainan.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Video ini juga menyertakan temubual bersama dengan Cara Gee iaitu pelakon untuk watak Camina Drummer di dalam permainan dan juga di dalam siri TV The Expanse. Permainan ini akan memfokuskan kepada watak beliau di dalam penceritaan baharu.

Permainan ini dibangunkan bersama Deck Nine Games iaitu pembangun untuk Life is Strange dan Alcon Interactive Group. Ia dijangka akan tiba pada suku ketiga tahun 2023.

Leave a Reply