Dune: Awakening Adalah Permainan MMO Di Arrakis

Level Infinite bersama dengan Funcom ketika acara pembukaan Gamescom 2022 telah buat pertama kali memperlihatkan Dune: Awakening iaitu permainan MMO Dunia Terbuka Ketahanan Hidup berdasarkan dunia Dune. Buat masa ini ia hanya diumumkan untuk PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Antara aspek penting di dalam permainan ini adalah ketahanan hidup, di mana pemain perlu membina penempatan untuk memastikan terselamat daripada keadaan gurun yang berbahaya. Selain itu, pemain juga boleh mengembara untuk melihat pelbagai bahagian penting di Arrakis.

Sebagai satu permainan MMO, pemain akan mengembara Arrakis bersama dengan pemain-pemain lain. Buat masa ini maklumat lanjut termasuk juga tarikh pelancaran masih tidak diumumkan, namun mereka sudah membuka pendataran untuk sesi beta tertutup dan anda boleh lakukannya di pautan ini.

Ini bukanlah pertama kali Funcom mengeluarkan permainan berdasarkan Dune, mereka sebelum ini telah hadir dengan Dune: Spice Wars iaitu permainan strategi yang dibangunkan oleh Shiro Games. Ia sudah dikeluarkan untuk PC secara akses awal.

Sohor Kini