Masahiro Sakurai adalah satu nama besar di dalam industri permainan video dan permainan terbaru beliau iaitu Super Smash Bros Ultimate boleh dikatakan sebagai salah satu highlight di dalam kerjayanya. Dengan tugasnya untuk Super Smash Bros Ultimate boleh dikatakan sudah selesai, ramai yang ternanti-nanti apa seterusnya untuk Sakurai.

Minggu ini, beliau telah mengumumkan projek terbaru dan ia bukanlah satu permainan video. Sebaliknya, satu saluran Youtube peribadi beliau iaitu ‘Masahiro Sakurai on Creating Games’ di mana beliau berkongsi mengenai pelbagai aspek di dalam penghasilan permainan video.

Dilancarkan sehari yang lepas, saluran ini telah mempunyai 221 ribu pelanggan dengan 4 video sudah dimuat naik dengan purata satu video menerima lebih 100 ribu tontonan.

Jika anda meminati kerja tangan Sakurai, ataupun meminati untuk mengetahui mengenai permainan video, kami boleh katakan saluran ini adalah wajib untuk dilanggan dan ditonton. Saluran tersebut boleh dilayari di pautan ini.

Selain Sakurai, seorang lagi pencipta permainan video terkenal iaitu Hideo Kojima juga telah mengumumkan yang beliau bersama dengan Spotify akan hadir dengan kandungan podsiar tersendiri iaitu ‘Hideo Kojima Presents Brain Structure’.

Sohor Kini