10 Minit Bentuk Permainan Forspoken Dipertontonkan

Square Enix hari ini telah berkongsi video baharu untuk permainan aksi pengembaraan mereka iaitu Forspoken dan kali ini ia memperlihatkan 10 minit bentuk permainan.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Video kali ini antaranya memperlihatkan beberapa kawasan yang akan dilawati oleh Frey Holland iaitu watak utama di dalam Forspoken. Dengan kawasan yang luas untuk diteroka, Frey mempunyai pelbagai cara untuk merentas termasuk juga menggunakan magis.

Video ini juga memperlihatkan Frey melakukan pelbagai misi, utama dan juga sampingan seperti mencari bahan untuk menghasilkan aksesori dan pelbagai cara untuk melakukan serangan.

Forspoken akan dikeluarkan pada 24 Januari 2023 untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini