The Last of Us Part I iaitu permainan olahan semula untuk permainan sulung The Last of Us telah menerima treler baharu bersempena dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, iaitu pada 2 September 2022.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

PlayStation sebelum ini mengatakan yang The Last of Us Part I bukan sekadar mempertingkatkan kualiti grafik akan tetapi juga disertakan dengan pelbagai penambah-baikkan untuk memberi pengalaman yang hampir dengan The Last of Us Part II.

Anda boleh baca secara lanjut mengenai penambah-baikkan yang disertakan di pautan ini.

The Last of Us Part I akan dikeluarkan pada 2 September untuk PlayStation 5. Ia juga diumumkan untuk PC tetapi tiada tarikh pelancaran lagi buat masa ini.

Sohor Kini