Viu iaitu di antara perkhidmatan penstriman kandungan hiburan di Malaysia telah mengumumkan segmen ‘Lokal Lah’ untuk menegahkan drama-drama tempatan bersempena dengan bulan kemerdekaan. Segmen ini akan berlangsung sehingga 19 September 2022.

Bersempena dengan penganjuran ini, mereka juga telah menawarkan promosi untuk harga langganan iaitu RM65 untuk 12 bulan berbanding harga biasa RM99.90. Harga promosi ini boleh didapatkan melalui App Store, Play Store, Huawei App Gallery dan MOLPay.

Antara drama yang terlibat adalah AI.5YA iaitu drama cakera sains lakonan Zizan Razak, Dato’ Afdlin Shauki dan Mia Sara Shauki. Ia merupakan filem keluaran Viu yang memfokuskan kepada Jehan (Zizan Razak) yang merupakan seorang pencipta kandungan video tetapi selepas satu masalah berlaku, dia terpaksa bergantung harap kepada sebuah android bernama AI.5YA yang turut menjadi pelakon untuk video-videonya.

Anda boleh lihat senarai penuh di pautan ini.

Sohor Kini