Disney nampaknya telah memilih James Wan untuk hadir dengan siri TV aksi nyata King Kong. Siri ini akan disiarkan di Disney+ dan dihasilkan oleh studio beliau Atomic Monster.

Siri TV ini akan ditulis oleh Stephany Folsom dan mengisahkan mitologi asal-usul King Kong dan misteri adikodrati di Skull Island. Siri TV ini akan berlaku di zaman moden di mana akan ada peneroka mencari King Kong. Siri TV ini diadaptasi daripada buku Merian C. Cooper dan novel Joe DeVito.

Buat masa ini jalan cerita penuh dan senarai pelakon masih belum diumumkan lagi. King Kong ini juga tidak akan berkait dengan Monsterverse, iaitu dunia dalam francais filem Warner Bros. kerana diadaptasi terus daripada sumber asal.

Sohor Kini