Filem Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009, adalah antara karya James Cameron yang berjaya. Sehingga hari ini, filem ini masih memegang rekod dengan kutipan tertinggi sepanjang masa.

Sempena filem Avatar: The Way of Water iaitu sekuel kepada Avatar yang akan ditayangkan pada bulan Disember akan datang, filem Avatar akan ditayangkan semula di pawagam termasuk di Malaysia.

Filem ini akan ditayangkan pada 22 September akan datang di GSC atau TGV. Tetapi tidak pasti apakah format tayangan filem ini di Malaysia, kerana di Amerika Syarikat filem ini akan ditayangkan semula dalam format 4K HDR.

Filem ini mengisahkan kehidupan makhluk asing Na’vi di planet Pandora yang masih primitif tetapi lebih maju berbanding manusia di bumi. Untuk meneroka Pandora, Avatar digunakan yang dikawal oleh minda manusia. Filem ini menekankan kisah Jake Sully lakonan Sam Worthington yang jatuh cinta dengan wanita Na’vi sebenar lakonan Zoe Saldana.

Sohor Kini