Hideo Kojima telah membuat penampilan di acara pembukaan Gamescom 2022, namun beliau tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai permainan terbaru, sebaliknya mengumumkan yang akan hadir dengan kandungan podsiar tersendiri dengan kerjasama bersama Spotify.

Hideo Kojima Presents Brain Structure ini akan bermula pada 8 September dan akan dikeluarkan di dalam bahasa Jepun dan juga Inggeris di mana Hideo Kojima akan bercakap mengenai pelbagai topik seperti permainan video, filem, buku, seni, falsafah dan juga landskap sosial.

Podsiar ini dari semasa ke semasa akan menerima tetamu jemputan dari Jepun dan juga luar negara daripada pelbagai industri. Salah seorangnya adalah Geoff Keighley yang akan membincangkan mengenai perkembangan terbaru di dalam industri permainan video dan teknologi.

Anda boleh dengar podsiar ini bermula pada 8 September di pautan ini.

Sohor Kini