Gearbox Entertainment ketika acara pembukaan untuk Gamescom 2022 telah mengumumkan New Tales from the Borderlands akan dikeluarkan pada 21 Oktober 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

New Tales from the Borderlands merupakan permainan susulan kepada Tales from the Borderlands iaitu permainan sampingan untuk Borderlands yang dibangunkan oleh Telltale Games yang dikeluarkan pada tahun 2014. Ia akan dibangunkan oleh Gearbox sendiri akan tetapi melibatkan sebilangan bekas-bekas pembangun Telltale Games yang terlibat dengan pembangunan permainan pertama.

Permainan baharu ini akan memfokuskan watak dan penceritaan baharu iaitu Anu, Octavio dan Fran. Dio dalam treler diperlihatkan watak Rhys iaitu watak utama pada permainan lepas. Dia mungkin akan tiba sebagai watak sampingan sahaja.

Sohor Kini