SEGA dan Sonic Team ketika Gamescom 2022 telah mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan Sonic Frontiers akan dikeluarkan pada 8 November 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam Sonic Frontiers, Sonic telah terkandas di satu pulau yang dipenuhi dengan pelbagai makhluk aneh. Sonic perlu melalui lima pulau Starfall melalui pengembaraan secara platforming zon-terbuka. Ia juga dikatakan mengandungi penceritaan yang mendalam dan penuh misteri.

Sohor Kini