Lies of P Adalah Permainan Souls-Like Berdasarkan Pinocchio

Neowiz hari ini ketika acara pembukaan Gamescom 2022 telah mengumumkan permainan terbaru mereka iaitu Lies of P yang merupakan permainan aksi pengembaraan dengan elemen souls-like. Mereka mengatakan yang perwatakan dan penceritaan untuknya mengambil inspirasi daripada kisah Pinocchio.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah yang juga memperlihatkan bentuk permainan.

Lies of P akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Switch dan PC pada tahun 2023. Ia juga akan ditawarkan melalui Xbox Game Pass semasa pelancaran kelak.

Sohor Kini