WB Games dan pembangun Avalanche Studio ketika Gamescom 2022 telah berkongsi treler baharu untuk Hogwarts Legacy iaitu permainan pengembaraan berdasarkan dunia Harry Potter.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Treler kali ini memfokuskan kepada watak Sebastian Sallow yang merupakan salah seorang ‘rakan’ yang akan dijumpai oleh pemain. Dia adalah dari rumah Slytherin dan mempunyai misteri tersendiri. Pemain boleh melakukan misi dan penceritaan sampingan bersama dengannya dan boleh memilih jika ingin belajar Dark Arts daripadanya ataupun tidak.

Mereka juga telah mengumumkan edisi Deluxe untuk Hogwarts Legacy dan maklumat lanjut akan dikongsi tidak lama lagi, namun mengatakan yang pembeli yang membeli edisi ini dapat bermain Hogwarts Legacy, 72 jam lebih awal.

Hogwarts Legacy akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada 10 Februari 2023.

Sohor Kini