WB Games ketika acara pembukaan Gamescom 2022 telah mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan mereka iaitu Gotham Knights kini akan dilancarkan pada 21 Oktober 2022 berbanding 25 Oktober diumumkan sebelum ini.

Selain itu, mereka juga telah berkongsi treler baharu yang memfokuskan kepada penceritaan dan juga beberapa watak jahat yang akan muncul di dalam permainan ini termasuk juga Harley Quinn.

Gotham Knights merupakan permainan aksi pertempuran yang berlaku di Gotham City selepas Batman telah terbunuh dan hadirnya simbol adiwira baharu. Pemain akan bermain sebagai Robin, Nightwing, Red Hood ataupun Batgirl. Ia boleh dimainkan secara solo ataupun koperasi dalam talian.

Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini