Deep Silver bersama dengan pembangun Dambuster Studios ketika Gamescom 2022 telah mengumumkan yang Dead Island 2 akan dilancarkan pada 3 Februari 2023 utnuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store.

Di dalam treler tersebut diperlihatkan salah seorang daripada 6 watak yang boleh dipilih di dalam permainan ini, dan seperti permainan sebelum ini ia memfokuskan kepada pertempuran dengan zombi menggunakan pelbagai jenis senjata.

Mereka juga berkongsi treler bentuk permainan yang anda boleh tonton di bawah.

Dead Island 2 pertama kali diumumkan pada tahun 2014 lagi akan tetapi pembangunan untuknya sering bertukar tangan, dengan Dambuster Studios adalah studio ketiga yang menjadi pembangun untuk permainan ini.

Sohor Kini