Epic Games Store hari ini telah mengumumkan yang Destiny 2 kini turut ditawarkan di Epic Games Store bersama dengan kesemua penambahan termasuk juga yang akan datang iaitu Lightfall.

Permainan asas Destiny 2 boleh dimuat turun dan dimainkan secara percuma, manakala penambahan yang sudah dikeluarkan ditawarkan dengan harga promosi seperti berikut;

  • Destiny 2: Legacy Edition (Forsaken, Shadowkeep, Beyond Light) – RM79.60
  • Destiny 2: Shadowkeep – RM31.60
  • Destiny 2: Beyond Light – RM49.50
  • Destiny 2: The Witch Queen – RM77.40

Penambahan akan datang iaitu Lightfall yang akan tiba pada 3 Januari 2023 ditawarkan dengan harga RM159 dan RM325 bersama dengan Pas Semusim. Pautan laman Destiny di Epic Games Store.

Selain itu, Epic Games turut mengumumkan kolaborasi di antara Destiny 2 dengan dua permainan mereka iaitu Fortnite dan Fall Guys di mana pemain boleh dapatkan kostum berdasarkan permainan tersebut. Kandungan Fortnite juga akan tiba di dalam Destiny 2.

Sohor Kini