Hoyoverse telah menganjurkan satu acara ringkas untuk pemain Genshin Impact tempatan iaitu “Encounter Genshin Teleport”, di mana mereka telah dirikan Teleport Waypoint dari permainan tersebut di lintasan Bukit Bintang.

Berdasarkan beberapa perkongsian di media sosial, ia sudah didirikan akan tetapi acara sebenar akan bermula esok sehingga 6 September.

Jika anda mengunjungi tempat ini esok, and akan diberikan topeng hilichurl dan perlu merakamkan video di waypoint tersebut dan kongsinya di TikTok untuk mendapatkan poskad dan juga penanda buku. Anda boleh layari Facebook Genshin Impact untuk maklumat lanjut.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini