Apex Legends Mobile Menerima Watak Crypto Dan Acara Baharu

EA dan Respawn Entertainment telah mengumumkan yang watak Crypto kini ditawarkan di dalam Apex Legends Mobile. Crypto merupakan watak yang sudah tiba di Apex Legends sebelum ini dan merupakan watak support yang mempunyai drone untuk melihat kawasan sekitar.

Selain itu, mereka juga mengumumkan acara baharu iaitu Hyperbeat yang akan membawa kemaskini kepada peta Kigns Canyon dengan ‘Town Takeover’ Pythas Theater. Apex Legends Mobile juga dikemaskini dengan sistem Rank baharu yang juga menawarkan ganjaran berlainan.

Kemaskini untuk menyertakan Crypto dan Hyperbeat akan bermula pada 24 Ogos.

Apex Legends Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini