Bethesda hari ini telah mengumumkan yang The Elder Scrolls Online menerima penambahan baharu iaitu Lost Depth yang merupakan sebahagian daripada Legacy of the Bretons.

Ia sudah dilancarkan untuk PC dan Mac manakala di konsol iaitu PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series akan tiba pada 6 September ini.

Penambahan ini akan membawa dua dungeons untuk 4 pemain yang baharu yang setiapnya akan mempunyai penceritaan dan juga ganjaran yang tersendiri.

The Elder Scrolls Online sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga ditawarkan di Game Pass.

Sohor Kini