Astro telah mengumumkan yang set TV mereka iaitu Astro Ulti Box kini turut menyokong Disney+ Hotstar menyertai Ultra Box yang menerimanya pada bulan April lepas. Disney+ Hotstar akan menyertai Netflix yang sudah disokong oleh set TV tersebut sebelum ini.
Pelanggan boleh menggunakan aplikasi ini menggunakan akaun tersendiri dengan log masuk ataupun melalui akaun yang diperoleh bersama dengan pakej Astro yang menawarkan langganan bersama.
Ini sudah semestinya berita yang baik untuk pelanggan Disney+ Hotstar, terutama dengan ia masih mempunyai penawaran platform yang terhad. Antara kandungan menarik akan tiba di perkhidmatan tersebut adalah Pinocchio dan Tierra Incógnita.
Thor: Love and Thunder yang tidak ditayangkan di Malaysia juga diumumkan akan tiba di Disney+ pada 8 September ini, tetapi tiada pengesahan untuk Disney+ Hotstar.