Epic Games dan Unreal Engine dengan jayanya telah menganjurkan edisi kedua untuk Women Creators Programme, iaitu satu inisiatif untuk menyediakan sesi pembelajaran selama 6 minggu bagi pencipta-pencipta wanita dari Asia Tenggara dan juga India. Program ini dianjurkan dengan kerjasama bersama Open Air Films, ASIFA India dan Perforce Software.

Terdapat 21 pencipta wanita yang telah disenarai pendek daripada 178 permohonan yang antaranya adalah Pengarah Kreatif Digital Jessica Tan dari Indonesia, Penerbit Ellen Xie dari Indonesia dan juga Zubaida Nila iaitu Artis Kesan Visual yang mewakili Malaysia.

Zubaida Nila juga telah memperlihatkan buat pertama kali animasi filem pendek “Into the Devigation” ketika acara ini yang memfokuskan kepada cabaran menjadi artis pasca-produksi.

Pencipta yang terpilih akan menerima sesi pembelajaran secara bersemuka dan juga secara maya di mana mereka akan belajar mengenai pelbagai teknologi Kesan Visual yang akan dibayar penuh oleh Epic Games dan Unreal Engine.

Sohor Kini