2K Games bersama dengan pembangun HB Studios telah mengumumkan yang permainan seterusnya bagi siri permainan simulasi golf mereka iaitu PGA Tour 2K23 akan dilancarkan pada 11 Oktober 2022 untuk akses awal dan 14 Oktober secara umum untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Akses awal ini adalah untuk pemain yang membeli edisi Deluxe dan juga edisi Tiger Woods yang antaranya akan menyertakan VC dan juga pelbagai barangan di dalam permainan.

Semasa pelancaran PGA Tour 2K23 akan menyertakan 14 atlit profesional golf yang antaranya adalah Tiger Woods sebagai atlit muka depan, Justin Thomas, Lexi Thompson, Tony Finau, Lydia ko, Collin Morikawa, Will Zalatoris dan Brooke Henderson.

Ia juga akan menyertakan 20 padang golf termasuk juga buat pertama kali seperti Wilmington Country Club, The Renaissance Club, dan St. George’s Golf and Country Club.

PGA Tour 2K23 juga akan membawa kembali mod dalam talian yang membolehkan pemain untuk bermain bersama rakan di dalam kejohanan ataupun satu musim penuh dengan pelbagai kandungan akan tiba dari semasa ke semasa.

Sohor Kini