Thor: Love And Thunder Akan Tiba Di Disney+ 8 September Ini

Filem Thor keempat adalah Thor: Love and Thunder yang mengisahkan Thor kembali berkuasa, kemudian bertemu kembali dengan Jane Foster yang menjadi Thor baharu serta bertempur dengan si pembunuh dewa Gorr.

Ramai yang menantikan kehadiran filem ini di Malaysia, tetapi sayang sekali ia tidak dapat ditonton. Ini kerana tayangan filem ini dibatalkan di Malaysia atas sebab mengandungi kandungan yang sensitif.

Filem ini menerima pendapat yang bercampur, ada yang suka dan ada yang tidak. Di Amerika Syarikat, sempena acara Disney+ Day pada 8 September akan datang – Thor: Love And Thunder turut akan disiarkan di platform penstriman video Disney+.

Tetapi buat masa ini, siaran untuk pengguna di Malaysia yang hanya ada akses pada Disney+ Hotstar – masih tiada sebarang tarikh lagi. Sama-sama kita nantikan.

Baca: Ulasan Thor: Love And Thunder – Filem Thorbaek Yang Tidak Boleh Tonton Sekarang!

Sohor Kini