Enola Holmes 2 Akan Disiarkan Pada 4 November Akan Datang

Filem Enola Holmes di Netflix adalah antara adaptasi Sherlock Holmes yang menarik. Filem ini mengisahkan Enola yang ingin mencari ibu beliau yang hilang dan satu demi satu rahsia dirungkai mengenai misteri di sebalik kejadian ibu beliau yang hilang.

Tahun lepas, Netflix telah mengesahkan yang filem ini akan mempunyai sekuel iaitu Enola Holmes 2. Kini selepas lebih setahun menanti, Netflix mula dedahkan sinopsis filem dan juga beberapa imej rasmi.

Filem kedua akan menceritakan kisah Enola Holmes yang kini menjadi detektif upahan seperti abang beliau. Kes pertama adalah mencari seorang gadis yang hilang yang melibatkan konspirasi bahaya serta misteri. Enola kemudianya meminta bantuan rakan-rakan dan abang beliau Sherlock Holmes untuk bantuan.

Sekali lagi, Millie Bobby Brows dan Henry Cavill akan kembali sebagai Enola dan Sherlock Holmes. Filem ini akan disiarkan di Netflix pada 4 November akan datang.

Sohor Kini