Fenomena Mat Kilau masih lagi hangat sejak filem ini menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah industri Malaysia. Kini dengan watak Mat Kilau sudah dikenali ramai, ia kini boleh dimainkan pula dalam permua King of Nations VNG.

Watak Mat Kilau ialah salah satu daripada puluhan watak bersejarah terkemuka dunia yang boleh dipilih oleh pemain King of Nations VNG. Permua RPG ini memberikan kuasa kepada pemain untuk mempengaruhi sejarah dunia dengan menentang pelbagai tokoh bersejarah yang lain di medan maya. Permua King of Nations VNG dengan Mat Kilau kini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store.

Sohor Kini