Spider-Man: No Way Home – The More Fun Stuff Version adalah filem Spider-Man: No Way Home dengan adegan tambahan yang akan ditayangkan di Malaysia pada 8 September akan datang.

Filem ini ditayangkan sempena sambutan ulang tahun ke-60 Spider-Man di komik dan ulang tahun ke 20 untuk filem Spider-Man. Sehingga hari ini, pihak Sony dan Marvel masih belum dedahkan apa-apa butiran mengenai adegan tambahan ini.

Baru-baru ini, Fandango menciap untuk promosi jualan tiket filem ini yang akan bermula dalam masa terdekat. Dalam ciapan sama, mereka mendedahkan yang filem ini akan mempunyai 11 minit adegan tambahan yang tidak pernah disiarkan di mana-mana.

Adegan apa? Sama-sama kita nantikan tayangan ini di Malaysia bulan hadapan.

Baca: Ulasan Spider-Man: No Way Home – Akhirnya, Filem Solo Spider-Man Sebenar Yang Semua Nantikan!

Sohor Kini