Pada sekitar tahun 1990-an, sebelum siri animasi Sailor Moon Jepun tiba ke pasaran Amerika Syarikat dengan versi alih suara – studio animasi Toon Makers dan studio di sebalik siri Power Rangers, Renaissance Atlantic telah merancang untuk hadir dengan olahan semula versi Amerika untuk Sailor Moon.

Siri ini turut dikenali sebagai Saban Moon. Apa yang unik dengan siri animasi ini adalah, ia mempunyai jalan cerita yang berbeza dengan versi asal. Sailor Senshi/Sailor Guradians akan menjadi adiwira jika ada ancaman di angkasa dan selepas selesai akan kembali ke bumi. Menjadikan ia berlainan dengan anime Sailor Moon adalah, ketika di bumi semua watak adalah versi aksi nyata iaitu pelajar di sekolah dan apabila berubah menjadi adiwira dan ke angkasa ia berubah menjadi animasi.

Projek ini mula kedengaran sekitar tahun 1993, iaitu sebelum siri animasi Sailor Moon versi alih suara disiarkan di Amerika. Projek ini terus dibatalkan tanpa sebab dan juga merupakan satu projek rahsia yang tidak ramai tahu. Dalam satu acara anime pada hujung 1990-an, promosi Saban Moon diperlihatkan dengan kualiti yang teruk dan ia mula perbincangan mengenai projek ini mula kedengaran.

Terkini, YouTuber Ray Mona iaitu peminat anime dan Sailor Moon telah hadir dengan dokumentari dua bahagian mengenai projek ini. Dalam bahagian kedua beliau telah menemui episod pertama Saban Moon dan kongsi di saluran YouTube beliau. Episod pertama ini memperlihatkan kisah Sailor Moon versi animasi dan kemudian beralih ke versi aksi nyata.

Saya tidak pernah tonton Sailor Moon, tetapi siri ini kelihatan agak aneh. Peminat setia Sailor Moon mungkin akan sukakannya.

Sohor Kini