Doom 64 Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store pada minggu ini telah menawarkan Doom 64 secara percuma sebagai permainan percuma mingguan mereka. Ia sudah ditawarkan bermula minggu lepas dan boleh ditebus sehingga 25 Ogos 2022.

Doom 64 merupakan permainan keempat di dalam siri Doom dan merupakan permainan sampingan kedua selepas Final Doom. Ia pertama kali dikeluarkan untuk Nintendo 64 pada tahun 1997 dan telah menerima versi penambah-baikkan untuk dikeluarkan di platform-platform terbaru.

Anda boleh tebus dan juga muat turun melalui pautan ini.

Selain itu, Epic Games Store juga menawarkan kandungan untuk Rumbleverse bersama dengan Doom 64 sebagai penawaran bagi minggu ini sebelum digantikan dengan Ring of Pain tidak lama lagi.

Sohor Kini