Mobile Legends M4 Akan Berlangsung Di Jakarta – Januari Tahun Depan

Moonton telah mengumumkan yang kejohanan Mobile Legends: Bang Bang World Championship ataupun M4 akan berlangsung pada 1 sehingga 15 Januari di Jakarta, Indonesia yang akan melibatkan 16 pasukan dari serata dunia.

Mereka akan bertanding untuk menjadi pasukan Mobile Legends terbaik di dunia dan juga sebahagian besar dari hadiah terkumpul $800 ribu (~RM3.5 juta).

Berikut adalah senarai negara ataupun benua yang akan mempunyai wakil;

  • Indonesia
  • Filipina
  • Malaysia
  • Singapura
  • Kemboja
  • Timur Tengah
  • Myanmar
  • Turki
  • Amerika Utara
  • LATAM
  • Brazil
  • Thailand, Laos dan Vietnam

Moonton juga menjanjikan pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan semasa kejohanan ini, di dalam dan juga luar permainan. Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini