Beberapa bulan lepas, telah kami laporkan yang Warner Bros. akan hadir dengan filem prekuel Ocean Eleven bertemakan komedi. Filem ini dirancang untuk diarahkan oleh Jay Roach iaitu pengarah francais filem Austin Powers.

Ketika itu, Margot Robbie telah dilaporkan akan menjadi watak utama untuk filem ini. Minggu lepas, Puck melaporkan yang Ryan Gosling turut akan berlakon dalam filem ini. Skrip filem ini akan ditulis oleh Carrie Solomon yang mana dikatakan akan berlaku pada tahun 1960-an di sekitar Eropah.

Ini adalah gandingan kedua Ryan Gosling bersama Margot Robbie untuk projek filem Warner Bros. yang dijangka besar. Dua pelakon ini akan memainkan watak Ken dan Barbie dalam filem aksi nyata Barbie yang dijadualkan untuk ditayangkan pada Julai tahun 2023.

Sohor Kini