HBO Max hari ini telah mengeluarkan satu treler yang memperlihatkan siri-siri yang akan tiba di perkhidmatan tersebut pada tahun ini dan juga tahun depan. Antara yang diperlihatkan adalah The Last of Us.

Video penuh adalah 2:20 minit, dan klip The Last of Us bermula pada minit ke 1:42.

Klip tersebut memperlihatkan Joel lakonan Pedro Pascal dan Ellie lakonan Bella Ramsey di dalam satu adegan yang boleh dikatakan sebagai antara adegan terbaik di dalam permainan The Last of Us. Ia juga memperlihatkan Joel bersama dengan anaknya Sarah iaitu bahagian pembukaan di dalam permainan.

Siri The Last of Us dijangkan tiba pada tahun depan di HBO Max dan HBO Go, melainkan mereka memperkenalkan perkhidmatan penstriman baharu.

Sohor Kini