Death Stranding Tiba Di PC Game Pass Pada 24 Ogos Ini

Selepas diacahkan oleh akaun Twitter PC Games Pass, 505 Games dan Kojima Productions telah mengumumkan secara rasmi yang permainan Death Stranding akan disertakan di PC Game Pass pada 24 Ogos 2022.

Versi yang akan disertakan di dalam PC Game Pass adalah versi asal dan bukan Death Stranding Director’s Cut, buat masa ini tidak disahkan jika pemain boleh membeli naik taraf bagi permainan yang diperoleh melalui perkhidmatan ini.

Death Stranding pertama kali dikeluarkan pada tahun 2019 sebelum tiba untuk PC pada tahun 2020. Ia adalah permainan sulung oleh Kojima Productions sebagai studio kendiri.

Sohor Kini