Laman rasmi untuk siri anime One-Punch Man telah mengumumkan yang produksi untuk musim ketiga bagi siri tersebut kini bermula, selain itu mereka juga berkongsi karya pertama untuk musim baharu ini yang memperlihatkan Saitama dan Garou.

Buat masa ini tidak disahkan lagi studio yang bertanggungjawab untuk musim ketiga ini, musim pertama ia dihasilkan oleh Madhouse manakala musim kedua oleh J.C. Staff yang mempunyai kualiti kurang baik berbanding musim pertama seperti kami nyatakan di ulasan untuknya.

Tarikh siaran untuk One-Punch Man Musim Ketiga juga tidak dinyatakan lagi.

Sohor Kini