PUBG Mobile telah mengumumkan kempen Rabu Padu yang menawarkan pelbagai ganjaran seperti telefon pintar dan juga baucar seperti Tealive, Sooka dan Foodband. Kempen Rabu Padu ini bermula pada 17 Ogos sehingga 1 November 2022.

Cara untuk menyertai kempen ini, pemain sekadar perlu log masuk dan melakukan pelbagai cabaran mingguan dan mengumpul markah. Markah ini juga akan digandakan pada hari Rabu. Pemain yang mengumpul markah tertinggi setiap minggu akan mendapat ganjaran, ia akan diberikan kepada 200 pemain.

100 pemain yang mengumpul markah tertinggi pada akhir kempen ini juga akan mendapat ganjaran yang lebih menari. Anda boleh layari pautan ini untuk mengetahui lanjut mengenai kempen dan juga hadiah-hadiah yang ditawarkan.

PUBG Mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini