Riot Games telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat permata terkenal iaitu Tiffany & Co. untuk menghasilkan semula “Summoner’s Cup” iaitu trofi yang diberikan kepada juara kejohanan terbesar bagi League of Legends iaitu World Championship.

Trofi rekaan baharu ini akan diperlihatkan secara rasmi pada 29 Ogos ini, sementara itu berikut adalah beberapa gambar trofi tersebut sedang dihasilkan.

Ini bukanlah pertama kali Riot Games ataupun League of Legends bekerjasama dengan Tiffany & Co., mereka juga menghasilkan trofi untuk Pro League Silver Dragon Cup, dan juga bersempena sambutan ulang tahun ke-10 di China.

Worlds 2022 akan berlangsung bermula pada bulan September ini dan berlangsung sehingga November 2022.

Sohor Kini