Microsoft telah berkongsi senarai permainan yang akan tiba pada akhir bulan ini untuk Game Pass mereka di Xbox, PC dan juga Cloud. Antara permainan yang diumumkan adalah Coffee Talk iaitu permainan novel visual oleh pembangun dari Indonesia, anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini.
Selain itu, turut disertakan permainan dunia terbuka oleh Ubisoft, yang mungkin antara permainan terbaik mereka untuk dua tiga tahun ini iaitu Immortals Fenyx Rising, anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini.
Senarai kali ini juga banyak menyertakan permainan-permainan yang baru dilancarkan seperti Midnight Fight Express, Commandos 3 – HD Remaster, Immortality dan Tinykin.
Berikut adalah senarai permainan yang akan tiba;
Selain itu, mereka juga telah mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan ini bermula pada 31 Ogos 2022. Senarai permainan tersebut adalah seperti berikut;
Permainan-permainan ini boleh didapatkan di Xbox Store dengan potongan sehingga 20% untuk mendapatkannya secara terus.
Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.