EA telah mengumumkan mereka bekerjasama dengan dengan Marvel untuk hadir dengan kandungan berdasarkan komik adiwira untuk kad FUT Heroes mereka. Kolaborasi ini akan membawa pelbagai barangan kosmetik seperti tifo, jersi, bola dan pelbagai lagi.
FUT Heroes merupakan kad berdasarkan pemain-pemain bola sepak yang terkenal suatu masa dahulu dan sudah bersara. Pada tahun ini mereka menyertakan beberapa pemain baharu seperti Yaya Toure dan Park Ji-Sung.
Marvel juga akan hadir dengan komik secara digital dan juga fizikal dengan kuantiti terhad. Ia akan diumumkan kemudian.
EA sebelum ini juga telah memperlihatkan pembaharuan yang akan disertakan di dalam FUT antaranya adalah sistem chemistry dan juga mod Moments.
FIFA 23 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.