Fortnite akhirnya memperlihatkan secara rasmi acara kolaborasi mereka dengan Dragon Ball, di mana ia akan membolehkan pemain untuk mendapatkan kostum berdasarkan watak siri manga dan anime popular tersebut iaitu Goku, Vegeta, Bulma dan Beerus.

Kesemua watak ini boleh mula di beli melalui gedung di dalam permainan selepas penyelenggaraan selesai lebih kurang sejam dua lagi hari ini. Selain mendapatkan kostum tersebut, pemain juga boleh dapatkan pelbagai barangan lain seperti emote melalui “Power Unleashed”.

Di Power Unleashed ini, pemain perlu melakukan pelbagai objektif untuk meningkatkan ‘Power Level’ dan juga mendapatkan Dragon Ball. Mengikut Power Level, pemain akan mendapatkan ganjaran seperti pelekat dan emote. Apabila pemain mengumpulkan kesemua 7 dragon ball, pemain juga akan mendapat Shenron yang hadir sebagai glider.

Power Unleashed ini akan berlangsung sehingga 30 Ogos 2022.

Di dalam permainan battle royale kecuali Arena dan Tournament, pemain juga boleh mendapatkan kapsul yang akan mengandungi Kamehameha yang boleh membolehkan pemain untuk melakukan serangan tersebut ataupun Awan Nimbus.

Pemain juga boleh melawat Burma yang akan berada di satu pulau kecil di dalam peta, yang juga akan menyertakan Kame House.

Bermula pada 16 Ogos sehingga 17 September, pemain juga boleh menonton episod tertentu daripada Dragon Ball Super di dalam Fortnite. Antara episod yang akan dipertontonkan adalah Episod 9, Episod 10, Episod 11, Episod 13, Episod 81 dan Episod 98. Setiap episod akan ditayangkan secara bergilir, dan pemain juga boleh memasuki Island Code khas untuk tonton episod yang spesifik. Kod tersebut akan dikongsi kemudian.

Pada 19 Ogos, pemain juga boleh melawat Dragon Ball Adventure Island yang akan membolehkan pemain untuk melawat Kami’s Palace, Goku’s House dan juga Room of Spirit & Time.

Fortnite sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch, PC dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini