Hunger Games akan kembali ke layar perak tahun hadapan. Tetapi kali ini dalam bentuk filem prekuel berdasarkan novel Suzanne Collins iaitu The Ballad of Songbirds and Snakes. Filem ini akan memfokuskan kisah Coriolanus Snow ketika usia 18 tahun sebelum menjadi Presiden di Panem.

Dalam filem ini Tom Blyth akan berlakon sebagai Coriolanus Snow yang muda yang mempunyai potensi untuk menjadi ketua baharu. Sambil itu beliau juga perlu melatih Lucy Grace lakonan Rachel Zagler yang akan bertanding sebagai wakil District 12.

Terkini, Viola Davis telah dipilih untuk menjadi watak antagonis dalam filem ini. beliau akan berlakon sebagai Volumnia Gaul iaitu ketua pencipta permainan dalam dunia Hunger Games ini.

Dalam filem ini, Lucy yang membuatkan Coriolanus terfikir untuk mengubah cara kepimpinan permainan Battle Royale dan bersama-sama berusaha menjayakannya.

Sohor Kini