Francais filem Saw adalah antara kegemaran filem saya. Ia adalah filem yang menyeksa manusia dengan pelbagai perangkap dan memberi mangsa pelbagai tekaria untuk membebaskan diri. Turut terdapat sejenis anak patung yang digelar Jigsaw untuk menakutkan mangsa.

Filem terbaru dalam francais ini adalah Spiral, yang berlaku dalam dunia yang sama dan di masa hadapan menceritakan mengenai dunia selepas tragedi berkait dengan Jigsaw berlaku.

Kevin Greutert antara pengarah dan editor beberapa filem Saw dan beliau memberitahu Bloody Disgusting yang pada 27 Okotber 2023 akan ada satu filem Saw baharu di pawagam.

Filem ini akan menjadi filem Saw ke-10 dan kekal dihasilkan oleh Twisted Pictures. Filem ini juga dijanjikan untuk memuaskan hati peminat. Tetapi buat masa ini masih tiada sebarang informasi mengenai watak dan jalan cerita kerana ia hanya akan didedahkan di masa akan datang.

Sohor Kini