Anda mungkin tidak perasan atau menyedari yang ramai pelakon dalam Star Wars pernah berlakon dalam projek untuk Marvel Studios dan turut di sebaliknya.

Antara yang terkenal adalah Oscar Isaac sebagai Poe dan kemudian menjadi Moon Knight, Paul Bettany sebagai Vision kemudian menjadi Dryden Vos dalam Solo, Samuel L. Jackson sebagai Mace Windu kemudian menjadi Nick Fury, Natalie Portman daripada Padmé kepada Jane Foster dan ramai lagi.

ComicBook baru-baru ini bertemu dengan Ewan McGregor iaitu pelakon Obi-Wan Kenobi dalam trilogi dan siri TV tersendiri mengenai minat untuk menyertai dunia Marvel Cinematic Universe. Beliau menyatakan buat masa ini beliau tidak tahu dan mungkin tidak berminat.

Buat masa ini beliau ingin fokus kepada dunia perfileman sebagai pengarah, kembali ke teater dan ingin setia dengan francais Star Wars. Tetapi tidak bermakna beliau tidak akan terlibat dengan MCU, cuma buat masa ini beliau tidak mencari pun apa-apa peluang dengan MCU.

Ini bermakna, jika Ewan ditawarkan berlakon dalam projek MCU ada potensi beliau akan lakukannya.

Jika anda ingin tahu, berikut adalah antara pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalam francais Star Wars dan kemudian ke MCU atau sebaliknya – Lupita Nyong’o, Mads Mikkelsen, Ben Mendelsohn, Donald Glover, Andy Serkis, Forest Whitaker, Hannah John-Kamen, Benicio del Toro, Stellan Skarsgård, Richard E. Grant dan ramai lagi.

Sohor Kini