Siri sampingan Star Wars popular iaitu The Mandalorian sudah pun disahkan akan diteruskan untuk musim ketiga. Musim ketiga ini akan memperlihatkan kesinambungan kisah Din Djarin bersama Grogu dan akan disiarkan pada Februari 2023.

Siri TV Ahsoka akan bermula selepas musim ketiga The Mandalorian. Dalam senarai Production Weekly melalui laporan oleh Inverse, mereka menyatakan The Mandalorian sudah memulakan penggambaran untuk musim keempat.

Tetapi ada kemungkinan besar, musim keempat tidak akan disiarkan pada tahun yang sama kerana tahun 2023 boleh dikatakan tahun yang sibuk untuk Disney dengan pelbagai projek Star Wars lain dan Marvel. Tetapi dengan informasi ini, kita boleh jangka yang kita tidak perlu sehingga dua tahun untuk saksikan musim keempat The Mandalorian.

Sohor Kini