Giancarlo Esposito iaitu pelakon Moff Gideon dalam The Mandalorian dan Gus Fring dalam francais The Breaking Bad pernah memberitahu kepada umum yang beliau berminat untuk berlakon dalam dunia Marvel Cinematic Universe.

Giancarlo adalah seorang pelakon yang cukup berbakat. Jika berlakon sebagai antagonis, personaliti yang beliau bawakan menjadi dan rasa takut. Sementara jika watak protagonis, beliau mempunyai personaliti ceria.

Baru-baru ini, beliau ada berkongsi yang sebenarnya Marvel sudah pun bertemu dengan beliau untuk berbincang mengenai projek. Ketika itu pertemuan antara mereka berdua adalah untuk Loki, tetapi beliau tolak dan inginkan sesuatu yang lebih besar – iaitu bukan untuk siri TV tetapi filem.

Ini adalah sama seperti Benedict Cumberbatch yang pernah menolak tawaran untuk memainkan watak sampingan dalam Thor: The Dark World sebagai Malekith dan kemudiannya menjadi pelakon utama yang memainkan peranan besar dalam MCU iaitu Doctor Strange.

Tambahan Giancarlo lagi, beliau memberitahu kepada umum yang beliau berminat untuk berlakon sebagai Professor X dalam MCU. Patrick Stewart sudah pun kembali sebagai Professor X dalam Doctor Strange: In the Multiverse of Madness, tetapi itu dalam dunia lain iaitu Earth-838 dan bukan dunia utama Earth-616.

Watak Professor X yang beliau ingin sampaikan adalah lebih anggun, tenang, bersemangat dan jika ada huru-hara beliau boleh memberi inspirasi dan boleh dipuji. Cuma buat masa ini, masih tidak pasti apakah watak yang akan beliau bawakan jika benar dilantik oleh Marvel untuk terlibat dengan projek MCU.

Sohor Kini