Virtuous iaitu studio permainan video yang ditubuhkan di China dan mempunyai ibu pejabat di Singapura telah mengumumkan penumbuhan cawangan terbaru di Malaysia menyertai studio-studio lain di China, Perancis, Kanada, Filipina dan juga Ukraine.

Virtuous Kuala Lumpur akan menyediakan pembangunan, kejuruteraan, dan produksi seni untuk pembangun-pembangun terkenal dari seluruh dunia.

Mufizal Mokhtar diumumkan sebagai Pengurus Besar dan akan melibatkan pasukan yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun membangunkan permainan AAA antaranya Boon Yan Toh sebagai Pengarah Operasi Studio, Ian Ng Siong Yoong sebagai Pengarah Produksi Studio, Noorazhar Mohd Noor sebagai Ketua Artis dan Johaness Reuben sebagai Pengarah Teknikal Seni.

Sejak dilancarkan secara awal pada tahun lepas, Virtuous Kuala Lumpur telah mempunyai lebih 90 pembangun.

Virtuos secara keseluruhan sebelum ini merupakan pembangun bersama untuk permainan seperti Assassin’s Creed, Call of Duty, Demon’s Soul, Final Fantasy, dan Horizon Forbidden West.

Penumbuhan satu lagi studio di Malaysia ini memperlihatkan perkembangan yang baik untuk industri permainan video tempatan, dengan sebelum ini kita telah menerima studio Sony Interactive Entertainment, Double Eleven dan juga Larian Studios.

Sohor Kini