Hoyoverse telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Genshin Impact iaitu versi 3.0 akan dilancarkan pada 24 Ogos 2022. Ia adalah antara kemaskini terbesar dengan menyertakan negara baharu iaitu Sumeru dan juga Dendro iaitu elemen ketujuh dan juga yang terakhir diumumkan untuk permainan ini.

Anda boleh tonton treler untuk kemaskini di bawah.

Sumeru adalah negara keempat yang akan tiba di dalam Genshin Impact, daripada tujuh yang diumumkan. Ia terletak di barat Liyue dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu padang pasir dan juga hutan hujan. Di Sumeru terdapat satu institusi iaitu Akademiya yang ditubuhkan oleh ilmuwan-ilmuwan yang setiap kepada Archon Dendron iaitu Greater Lord Rukkhadeyata yang telah mengilangkan diri dan digantikan oleh Lesser Lord Kusanali. Disebabkan Lesser Lord Kusanali masih muda, terutama sebagai Archeon, Sumeru sebenarnya diperintah oleh Akademiya yang menjadikan ilmu pengetahuan sesuatu yang dikawal dengan ketat.

Kemaskini ini juga akan memperkenalkan elemen ketujuh iaitu Dendro yang mempunyai reaksi Burning, Bloom dan Catalyze apabila digunakan bersama dengan elemen Pyro, Hydro dan Electro. Bloom akan menghasilkan letupan yang akan melakukan serangan Dendro, Catalyze pula akan menambah jumlah serangan Dendro dan juga Electro. Selain serangan, tumbuh-tumbuhan dan juga binatang yang mempunyai elemen Dendro juga akan mempunyai reaksi tersendiri apabila terkena Pyro, Hydro dan juga Elector. Ini termasuklah boss baharu iaitu Jadeplume Terrorshroom dan Electro Regisvine.

Hadirnya elemen baharu bersama dengan negara yang berakit dengannya, Traveler juga kini boleh menggunakan elemen Dendro dengan menukarnya di Statue of the Seven di Sumeru. Selain itu, pemain juga boleh mendapatkan dua watak Dendro iaitu Tighnari dan juga Collei. Tighnari adalah watak lima bintang yang menggunakan panah, dia mempunyai serangan yang mempunyai beberapa fasa. Manakala Collei adalah watak 4 bintang yang jug menggunakan panah dan boleh didapatkan secara percuma dengan menyelesaikan misi.

Selain itu, watak Electro baharu juga akan disertakan iaitu Dori yang merupakan watak empat bintang dan menggunakan senjata Claymore. Dia adalah watak sokongan yang dapat menyembuh dan juga memberi tenaga kepada rakan. Tighnari, Collei dan Zhongli akan tiba di dalam Event Wishes pada awal kemaskini ini, diikuti Ganyu, Kokomi dan juga Dori yang akan tiba kemudian.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini