Segala Pengumuman Ketika THQ Nordic Digital Showcase

THQ Nordic buat pertama kali telah menganjurkan THQ Nordic Digital Showcase yang memperlihatkan permainan-permainan mereka, termasuk juga yang akan datang dan juga yang diperlihatkan buat pertama kali.

Anda boleh tonton video penuh, dan juga boleh baca antara pengumuman menarik yang dilakukan di bawah.

Alone in the Dark

Alone in the dark adalah permainan pengembaraan seram yang dibangunkan oleh Pieces Interactive. Berkongsi judul yang sama dengan permainan klasik, permainan ini membawa penceritaan baharu tetapi di lokasi yang sama. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Destroy All Humans! 2: Reprobed

Destroy All Humans! 2:Reprobed adalah permainan aksi pengembaraan, dan pemain akan menjadi alien bernama Crypto. Ia dibangunkan oleh Black Forest Games dan akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 30 Ogos 2022.

Space for Sale

Space for Sale permainan pengembaraan ketahanan hidup di mana pemain perlu mengembara di satu planet dan membina penempatan untuk dijual. Ia dibangunkan oleh Mirage Game Studios dan akan dikeluarkan untuk PC.

Gothic

Gothic adalah permainan olahan semula untuk permainan berjudul sama yang pada tahun 2001. Ia merupakan permainan RPG dan dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC oleh Alkimia Interactive.

Jagged Alliance 3

Jagged Alliance 3 adalah permainan strategi mengikut turutan, di mana pemain akan menjadi ketua kepada satu kumpulan askar upahan dan perlu menyelamatkan Grand Chien. Ia dibangunkan oleh Haemimont Games dan akan dikeluarkan untuk PC.

The Valiant

The Valiant adalah permainan strategi di mana pemain akan mengetuai sekumpulan tentera untuk melawan dengan Ulrich von Grevel yang cuba mendapat kuasa mistik. Ia dibangunkan oleh Kite Games untuk PC.

Tempest Rising

Tempest Rising adalah permainan strategi masa nyata yang dikatakan mengambil inspirasi daripada permainan genre tersebut dari tahun 90-an ke awal 2000. Pemain akan membina penempatan dan berperang. Ia akan mempunyai tiga puak berbeza. Tempest Rising sedang dibangunkan oleh Slipgate untuk PC.

Knights of Honor II: Sovereign

Knights of Honor II: Sovereign adalah satu lagi permainan strategi masa nyata dan ia adalah permainan susulan untuk Knights of Honor yang dikeluarkan pada tahun 2004. Ia sedang dibangunkan oleh Black Sea Games dan akan tiba untuk PC tidak lama lagi.

Outcast 2 – A New Beginning

Di dalam Outcast 2 – A New Beginning pemain kembali sebagai Cutter Slade di dalam permainan aksi pengembaraan ini. Kali ini, pemain akan menyelamatkan puak Talans dari serangan musuh. Ia dibangunkan oleh Appeal Studios untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Wreckreation

Wreckreation adalah permainan lumba kereta yang membolehkan pemain untuk membina litar sendiri, menariknya, pemain juga boleh menambah ataupun menukar litar semasa berlumba termasuk juga dengan rakan. Ia dibangunkan oleh Three Fields Entertainment untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Way of the Hunter

Way of the Hunter adalah permainan simulasi memburu yang dibangunkan oleh Nine Rock Games. Ia akan dikeluarkan tidak lama lagi iaitu pada 16 Ogos untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC. Anda juga boleh baca dan tonton mengenai pengenalan bagi permainan ini.

AEW: Fight Forever

AEW: Fight Forever adalah permainan gusti yang akan memperlihatkan THQ dan Yuke’s kembali bekerjasama untuk permainan genre ini. Ia akan datang untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Stuntfest – World Tour

Stuntfest adalah permainan lumba kereta yang juga menyertakan aksi lasak dan pemain juga boleh keluar dari kereta untuk meluncur di udara. Ia dibangunkan oleh Pow Wow Entertainment dan akan dikeluarkan untuk PC.

SpongeBob SquarePants – The Cosmic Shake

SpongeBob SquarePants kembali dengan permainan baharu dan kali ini ia akan membawa pemain ke pelbagai dunia yang akan mempunyai bentuk permainan tersendiri. Ia dibangunkan oleh Purple Lamp dan akan tiba untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Selain permainan-permainan di atas, THQ Nordic juga memperlihatkan Endling yang anda boleh baca ulasan kami di pautan ini, De-Exit: Eternal Matters, Airhead, Perish, A Rat’s Quest, Lethal Honor: Order of the Apocalypse dan juga Wreckfest untuk peranti pintar.

Mereka juga mengacah permainan baharu South Park yang akan dibangunkan oleh South Park Digital Studios.

Sohor Kini