Bukan lagi satu rahsia, yang mana Charlie Cox akan kembali berlakon sebagai Matt Murdock/Daredevil dalam projek-projek MCU. Beliau telah kembali dalam filem Spider-Man: No Way Home dan disahkan akan mempunyai siri TV tersendiri iaitu Daredevil: Born Again.

Watak ini turut akan muncul dalam siri TV Echo bersama-sama dengan Kingpin lakonan Vincent D’Onofrio. Tetapi sebelum itu, Daredevil akan muncul dalam siri TV She-Hulk terlebih dahulu. Dalam siri TV ini beliau akan memakai kostum baharu kuning merah.

Disebabkan She-Hulk adalah siri TV ringan dengan elemen komedi, ramai risaukan kemunculan Daredevil dalam siri TV. Peminat Daredevil sejak siri TV Marvel Netflix sudah biasa dengan perwatakan yang ganas dan gelap.

Dalam temuramah The Direct bersama penulis She-Hulk, iaitu Jessica Gao – beliau menyatakan Daredevil telah diolah semula untuk menjadi lebih ringan. Beliau akan menjadikan Daredevil dalam siri TV ini sebagai cameo yang disesuaikan dengan genre She-Hulk iaitu drama komedi.

Sohor Kini